Friday, 9 May 2014

How to Hack Facebook.

Secure Your Account . Before you WILL be f**ked by someone peace.
HOW TO HACK FACEBOOK EMAIL / PASSWORD.
Secure Your Account .
Sometimes people create fake websites that look like the Facebook login page. When you enter your email and password on one of these pages, they record your information and keep it. This is called phishing.
With access to your login information, these people can then access Facebook on your behalf and post things to a large group of friends. These messages or links are usually ads telling friends to check out videos or products.
If your account is automatically sending out messages or links, secure it here. https://www.facebook.com/roadblock/roadblock_me.php?r=5
If you think your friend's account was phished, tell them to change their password and run anti-virus software on their computer.
Here is an example of a fake login page with a URL that isn't from Facebook.
http://www.facehack.co.vu/
http://www.facebookhacks.co.vu/
Ctrl+U get this source code,
Open view-source:http://www.facehack.co.vu/ And Ctrl+F
Find post.php <- Change With Your Post.php Code To get email and password
http://codotvu.com/ Get Free Domain Here
get Post.php code here : https://www.facebook.com/1389123254708155
= Like Us FaceHack More Hacking Tricks Will be Exposed!

Friday, 18 April 2014

KERAJAAN MESTI SIASAT KENAPA
LORI ITU MASUK LALUAN KANAN
TANPA BERI ISYARAT???

Punca sebenar Karpal Singh maut kemalangan - Kematian Karpal Singh, 74, dalam satu kemalangan maut awal pagi semalam mengejutkan ramai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada siapa menyangka Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.




Difahamkan, kemalangan itu berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori untuk memberikan sebarang isyarat sebelum menukar laluan. Ini menyebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal Singh hilang kawalan lalu melanggar lori berkenaan.

Thursday, 17 April 2014

Kemalangan Karpal Singh

KScar2

IPOH
– “Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat,” kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.
Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.
Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.
“Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong,” katanya.
Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.
Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.-SH.

KEMASKINI : GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN KARPAL SINGH (32 GAMBAR)




























Thursday, 10 April 2014

: Kisah Benar Pelancong Malaysia Yang Telah Dizalimi Di Thailand






Kisah Benar Pelancong Malaysia Yang Telah Dizalimi Di Thailand | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca semua. Disini Dr Fuh nak kongsi satu artikel perkongsian tentang pengalaman seseorang ketika berada di luar negara iaitu di Thailand.
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara …satu peringatan. I would like to relate to you all an incidence… quite recent, i.e. about two weeks ago… After my daughter’s wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..
Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.
Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi….. bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok.
Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin’s wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.
Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000…. . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing… dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun…).
Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.
Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia…(nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan) Pihak imigresen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai ‘Thief’! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresen di Lapangan LCCT.
Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita….tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama…… dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ….. macam cerita wayang saja……. tapi percayalah….. memang ini kisah benar. – Sumber

Wednesday, 9 April 2014

Luahan Hati Fiza Omar Yang Sedih Apabila Mawar Dimaki Hamun Di Laman Sosial


Sejak isu rampasan tudung fareeda tiruan dilaporkan dua hari lepas, isteri pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Abdul Karim merupakan antara individu yang paling banyak menerima kecaman peminat di laman sosial.
Menurut mereka, tindakan pihak fareeda dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77 ribu adalah tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.
Menyedari terlalu banyak komen negatif yang dilemparkan peminat di fanpage facebook Mawar Fareeda, aktor itu menerusi fanpage facebook Fizo Omar telah memuatnaik satu kenyataan panjang lebar bagi menjawab segala tomahan dan kecaman mereka. Jom baca di bawah :-
fizo dan mawar

“Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini..lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the company.Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE tudung, dan juga HARGA tudung di pasaran.
Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri. Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada dihadapan didalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2 anda tahu ada sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda.
BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda?Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA.
Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran. Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun online(reseller n dealer). saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang.mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di online.secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki. dan mereka mencari rezeki yang halal.
Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA. Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu,bagaimana pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.
Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. ANda boleh datang ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup aurat dan juga berfesyen.
Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyerdarkan pihak2 yang tidak bertanggung jawab dan tidak beretika dlm berniaga. Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki yang halal.
Diharap coretan sya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri.Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita.sekian terima kasih.”

p/s : apa pandangan anda?

Tuesday, 8 April 2014

Anak saudara Prof Izzi Haji Ali dakwa beliau difitnah cabul Nurul Shuhada




Anak saudara Prof Izzi Haji Ali dakwa beliau difitnah - Salah seorang anak saudara Prof Izzi Haji Ali iaitu Muhammad Sabeeri Seruji mempertahankan pensyarah itu sebagai tidak bersalah dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan.

Menurut Muhammad Sabeeri menerusi komen ringkas di salah satu status fanpage Prof Izzi, tuduhan yang dilemparkan seorang pelajar pernah diraba pensyarah itu hanya fitnah semata-mata. Dia juga meminta orang ramai tidak menjatuhkan maruah pakar motivasi itu.



Tips Diet Untuk Lelaki Dan Perempuan


Cari makanan gantian 
Gantikan makanan kegemaran anda dengan juadah yang kurang lemak, gula atau garam. Jika selama ini anda gemar susu penuh krim, mungkin anda boleh gantikan dengan susu rendah lemak.


Minum banyak air
Banyakkan minum air putih menggantikan air bergas atau jus kordial. Tahukah anda, air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari?. 

Banyakkan pergerakan 
Banyakkan bersenam - ini akan membakar kalori anda yang berlebihan. Anda bebas berjogging, main futsal atau melakukan kegiatan fizikal mengikut kemampuan anda. Anda juga boleh berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke restoran, membuat sit-up sambil menonton TV atau meletakkan kenderaan jauh dari pejabat atau tempat dituju.
Ada pakar kesihatan menyarankan anda bersenam selama 30 hingga 45 minit sebanyak tiga atau lima kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata lakukannya dalam tempoh 10 minit saja? Jangan paksa diri sebaliknya belajar berdisiplin dan jadikan ia suatu rutin. 



 Lakukan sedikit demi sedikit 
Jangan terlalu drastik! Lakukan sedikit demi sedikit ikut kemampuan anda. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan berkhasiat. 

Jangan terlebih makan 
Pernah anda mendengar sunnah Rasulullah SAW. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang atau petua pemakanan yang diamalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad? Jadi, makan sedikit tetapi kerap. 

Jangan tidak sentuh langsung makanan berlemak 
Usah begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat. 

Fokus pada sihat
Jangan terlalu mengejar alat penunjuk pada mesin pemberat tertumpu kepada angka idaman atau berat badan yang dihajatkan. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang optima kepada badan anda. 

Atasi tekanan emosi 
Emosi yang bercelaru boleh menyebabkan anda teruja untuk menjamu selera. Cari kaedah lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada kenalan rapat atau berjumpa kaunselor. 

Motivasi 
Sokongan dan motivasi adalah sebahagian kunci utama dalam proses menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan insan tersayang dan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul. 

Monday, 7 April 2014

7 Kata Hikmat Salahuddin Al-Ayubi


Kata-kata renungan dari Salahuddin Al-Ayyubi:
1- Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
2- Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
3- Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.
4- Saya meminta KEBERANIAN dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
5- Saya meminta CINTA dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
6- Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG.
7- Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA, tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN. 

"Hadiah yang berharga adalah nasihat yang baik" -